Bantuan Kerajaan Rm500
Salam
Apa khabar uol's semua. Harap sihat sejahtera lah ekkk..
Semua orang sekarang ni sedang kecoh dengan berita Bantuan kerajaan kepada rakyat yang betul-betul memerlukan bantuan sebanyak Rm500.00 untuk seisi rumah. Sape yang tak nak kan, semua orang sudah mula mengisi borang br1m ini untuk mendapatkan bantuan tersebut. Borang br1m ini juga boleh di Muat turun di laman web treasury.gov.my . Selain HLDN dan pejabat-pejabat kerajaan yang terpilih.
Syarat -syarat kelayakan untuk memohon bantuan rakyat 1 Malaysia Rm500 (BR1M) adalah seperti di bawah:
- Warga negara Malaysia.
- Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar bulan RM3000 dan kebawah.
- Berkahwin
- Ibu - Bapa tunggal yang mempunyai tanggungan.
- Bujang yang mempunyai tanggungan (di dalam rumah yang sama)
- Warga emas (berumur 60 tahun keatas) yang sebatang kara dengan jumlah pendapatan RM3000 dan kebawah.
Sila kemukan salinan
- Mykad/Kad Polis/Kad Tentera.
- Penyata/Slip gaji bagi pemohon yang menerima gaji sahaja.
- Waris dan wakil adalah tidak dibenarkan untuk menuntut bayaran bagi pihak pemohon.
Note: Borang yang telah di isi dengan lengkap dan teratur boleh dihantar ke Jabatan Pembangunan Persekutuan, Sekolah-Sekolah terpilih, cawangan LHDNM terdekat dan kaunter LHDNM yang di sediakan.
Kepada sesiapa yang rase layan untuk menerima bantuan ini sila lah mengisi borang br1m ni. Kepada yang rase saje nak cuba pon boleh mengisi. Tak jadi masalah pon sebab kerajaan yang akan meluluskan bantuan ini.
Sekian saje dari Mapie kali ini. Jumpa lagi di waktu dan masa yang berlainan.. hihihi
0 comments:
Post a Comment