My Hearth Diary [MAPIE]

Fw: [Sahabat] KITA SAYANGKAN SYAITAN..

Salam...
Uol's semua wat ape haaaa... ade sihat kaaa..tya org sihat x... diri sendiri yg x sihat hari ni..hahahaha...masih boleh gelak jugak .... Hari ni kau nk kongsi dgn korg semua tentang artikel yg aku dapat dalam email aku.. baca sampai habis k


" Allah swt telah menyuruh kita menjadikan syaitan sebagai musuh. Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh bagimu, maka anggaplah ia musuh(mu), (6 : 35 al-Fatir) Boleh kata semua manusia akan mengakui syaitan sebagai musuhnya. Namun tidak ramai yang mengetahui bagaimana cara untuk menghadapi syaitan dan manakah ruang-ruang yang mana syaitan akan masuk pada diri insan. Ini adalah sebahgian dari ruang-ruang yang perlu seorang manusia tutup agar syaitan tidak memperdayanya.


SYAITAN BERMALAM DI DALAM HIDUNG
" Apabila seseorang kamu bangun dari tidurnya hendaklah dia memasukkan dan mengeluarkan air dari hidungnya tiga kali. Sesungguhnya syaitan bermalam di dalam lubang hidungnya." Hadis riwayat Bukhari dan Muslim


SYAITAN KENCING DI DALAM DUA TELINGA
Apabila diberitahu kepada Nabi saw tentang seorang lelaki yang tidak bangun tahajud dan bangun ketika watu sudah subuh. Nabi saw bersabda: " Lelaki itu telah dikencing syaitan di dua telinganya." Hadis sahih Bukhari dan Muslim.

SYAITAN MASUK DALAM MULUT YANG TERBUKA MENGUAP
" Apabila seseorang menguap hendaklah dia menutup dengan tangannya. Sesungguhnhya syaitan masuk ke dalam mulutnya yang terbuka." Hadis sahih Muslim.


SYAITAN
KETAWA MELIHAT MANUSIA YANG BERKATA "AAAAAH " SEMASA MENGUAP
Nabi saw bersabda: " Dan janganlah seseorang itu berkata "aaaaaaaa" semasa menguap. Syaitan akan ketawa bila dia membuka mulut semasa menguap." Hadis riwayat Ahmad.


MEMAKI ORANG MEMBANTU SYAITAN UNTUK MEROSAKKAN MANUSIA
Seorang lelaki mencela seorang yang dikenakan hukuman sebat kerana minum arak. Nabi saw bersabda: "Janganlah kamu berkata sedemikian kepada orang yang dihukum. Janganlah kamu membantu merosakkan dia." Hadis sahih Bukhari. Moral: Oleh itu janganlah kita memaki atau menghina walaupun orang yang sudah jelas kesalahannya. Memaki hamun dalam apa jua keadaa adalah dilarang.


SYAITAN TIDAK MASUK
RUMAH YANG DIBACA SURAH BAQARAH
Nabi saw bersabda: " Janganlah kamu jadikan rumah-rumah kamu sebagai kubur. Sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibaca surah al-Baqarah." Hadis sahih Muslim Faedah: Siapa yang baru masuk rumah atau rumahnya diganggu maka digalakkan utuk dibaca surah al-Baqarah beramai2.


SYAITAN
MAKAN DARI MAKANAN YANG TIDAK DIBACA BISMILLAH DAN BERMALAM PADA RUMAH YANG TIDAK DIMASUKI DENGAN BISMILLAH
" Apabila seorang lelaki memasuki rumahnya dan menyebut nama Allah semasa masuk dan menyebut nama Allah semasa makan. Syaitan akan berkata kepada kuncu2nya "Kamu tidak ada tempat bermalam dan tidak ada makan malam." Apabila dia masuk kerumahnya tanpa menyebut nama Allah syaitan akan berkata " Kamu semua mendapat tempat bermalam." Apabila dia tidak menyebut nama Allah semasa makan , syaitan akan berkata " Kamu mendapat makan malam dan tempat bermalam." Hadis Muslim.


MAKANAN JATUH YG DIBIARKAN ADALAH HABUAN SYAITAN
" Apabila jatuh sebahgian suapan makanan kamu. Hendaklah kamu buang kotoran yang melekat pada makanan dan hendaklah dia makan. Jangan biarkan ia dibiarkan untuk dimakan oleh syaitan." Hadis Muslim


SYAITAN PENGGANGGU SOLAT
Suatu hari Amru bin abi al-As mengadu Rasulullah saw: " Ya Rasulullah sesungguhnya syaitan telah mengganggu ku solat dan menimbulkan was-was dalam bacaanku." Rasulullah saw pun menjawab: " Itulah syaitan yang dipanggil khinzab. Apabila engkau merasai gangguannya hendaklah engkau minta perlindungan dari Allah dan ludah ke kirimu tiga kali." Amru berkata: "Aku melakukan apa yang Rasulullah sarankan , lalu Allah menghilangkan segala gangguan syaitan tersebut." Hadis Muslim.


MINUM BERDIRI
BERSAMA SYAITAN
Nabi saw bertanya kepada orang yang minum berdiri: "Adakah engkau suka minum bersama dengan kucing?" Dia menjawab "Tidak" Nabi saw bersabda: "Sesungguhnya kamu telah minum dengan mahkluk yang lebih teruk dari kucing iaitu syaitan." Hadis Ahmad


SYAITAN SEMAKIN BESAR BILA DIMAKI
Seorang sahabat Nabi saw telah memaki syaitan apabila binatang tunggangannya terjatuh. Nabi saw bersabda: " Janganlah kamu berkata " Celaka syaitan." Kalau kamu berkata begitu syaitan akan berasa besar diri seperti rumah dan berkata " mendapat kekuatan ku." , tapi hendaklah kamu berkata " Dengan nama Allah." Apabila berkata sedemikian syaitan akan jadi hina sehingga seperti lalat." Hadis Abu daud Ingatlah bahawa syaitan akan cuba menyesatkan manusia selagi nyawa manusia itu dikandung badannya. Rasulullah saw bersabda: " Sesungguhnya syaitan berkata " Demi kemulianmu hai tuhan. Aku akan sentiasa menyesatkan hamba-hambamu selagi mana nyawa berada di tubuh mereka." Tuhan menjawab " Demi kemulian dan keagunganku aku akan sentiasa mengampunkan mereka selagimana mereka meminta ampun kepadaku." Hadis riwayat Ahmad
"

bertaubat lh kamu sebelum terlambat...
Posted on 6/16/2010 09:35:00 AM by m.a.p.i.e [ Ku sEnDiRiAn] and filed under | 14 Comments »

14 comments:

HairiAks said... @ June 16, 2010 at 1:56 PM

Mak Ai.. Banyak betul setan kat dunia ni..
Kita boleh kampen menghapuskan syaitan ni... he3.. Matikan Syaitan... he3..

zul said... @ June 16, 2010 at 6:00 PM

moga2 kita dilindungi..

ieQa sWetLuv said... @ June 16, 2010 at 10:16 PM

terima kasih dengan perkongsian ini.. =)

ZiErWa zAiNaL said... @ June 17, 2010 at 12:49 AM

terima kasih..
moga kita dilindungi dr hasutan syaitan yang sentiasa menggangu anak adam dngn tujuan untuk menyesatkan..


kalau sudi komen la entry saya..
semuanya diizinkan oleh Allah

alvin takda rumah harga 8juta.... said... @ June 17, 2010 at 2:19 AM

perghhh...
pas baca entri lu ni..
gua baru sedar..
gua gang ngan setan..

ceit...
setan tul la gua..
suka maki org..



daMn


nge~~

m.a.p.i.e [ Ku sEnDiRiAn] said... @ June 17, 2010 at 8:51 AM

hairi :.. sengan kesungguhan dr hati law nak buat..

zul : amin

ieqa : sama2

zierwa : semoga tingkah lau kita akan mendapat keredhoaan

alvin :.. cpt2 lh taubat law cm 2..kakakka...jgn buat selalu n terus jgn buat

syaf said... @ June 17, 2010 at 9:32 AM

cait, curik opis nyer email

Jantan Keparat said... @ June 17, 2010 at 10:58 AM

uiks!!
thanx2!!!
suke psanan inieyh...

m.a.p.i.e [ Ku sEnDiRiAn] said... @ June 17, 2010 at 12:41 PM

syaf : ???

jantan : jgn baca shj...do something

POSH76 said... @ June 17, 2010 at 3:57 PM

Baguslah info ni...kekadang terbabas gak huhu

Azrai Ahmad Zamri said... @ June 18, 2010 at 2:34 AM

salam ziarah..
betapa ramai yG bersahabat dengan setan..malah ramai juga yG lebih hebat dari setan..m0ga kita dilindungi =)

❤ ~ * cik aidacomei * ~ ❤ said... @ June 22, 2010 at 3:31 PM

kalau la manusia ni nampak segala perbuatan syaitan tu,,,kompom semuanye akan menjaga adab..tol tak?

Keyyah said... @ June 23, 2010 at 10:01 PM

aisshh rupanya setiap geri kita diperhatikan oleh setan.. n setan sentiasa menunggu peluang je tuk dekat ngn kita...takutnya...

nur 'afifah :) said... @ July 1, 2010 at 12:23 PM

nice entry..
luvin it.. :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails